Monday, June 14, 2010
Saturday, June 12, 2010
perkembangan projek tanaman terung dan timun
Salam
Hampir 2minggu saya tidak men'update' blog diatas kesibukan kerja dan masa yang terhad, dalam 2minggu ini juga banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama.
pertama sekali tentang projek terung yang masih mengeluarkan hasil hingga ke hari ini, untuk tuaian hasil hari ini sebanyak 238kg telah dituai. Dari segi harga ada penurunan iaitu 1.20/kg harap-harap minggu hadapan harga buah terung naik, mungkin penurunan harga disebabkan penghasilan buah terung melebihi dari permintaan. Jika penurunan harga masih berterusan ini akan merugikan petani dari segi kos penjagaan yang tinggi tetapi pulangan yang rendah. Hingga ke hari ini projek terung saya telah mengasilkan tuaian sebanyak 7000kg (alhamdulillah syukur) Dibawah ada saya sertakan gambar projek tanaman terung saya yang sudah manjangkau usia 6 bulan...

hampir setiap dahan mengeluarkan hasil

sedang mekar berkembang

Pokok sama tinggi dengan manusia

warna yang sekata

pokok yang telah di 'broning'
Projek tanaman timun
projek tanaman timun yang telah dimulakan pada 2 jun 2010, hingga ke hari ini sudah 11 hari pokok dibatas. Pokok Timun telah mengeluarkan daun yang keempat insya allah minggu hadapan janggut pokok akan keluar, jadi korang layan ajerlah gambar yang saya sempat snap...

Usia Pokok 9 hari dari semaian

usia pokok 6 hari dari semaian

usia pokok 4 hari

usia pokok 3 hari

usia pokok 2 hari

Tuesday, June 1, 2010
Terung & tapak tanaman timun hyibrid f1
Hari ini tapak tanaman timun plot A telah selesai di bina batas dan buluh untuk dibuat junjung juga telah selesai dipacak, cuma drip tape sahaja yang tidak sempat disudahkan. Insya Allah esok benih timun akan disemai ke dalam batas dan menyiapkan sistem pengairan, mudah-mudahan cuaca akan menyebelahi saya.
Gambar-gambar dibawah saya snap pagi dan petang sewaktu pekerja melakukan setup kawasan...
Sunday, May 30, 2010
Tapak projek percubaan: Timun F1
Salam...Projek percubaan tanaman timun telah diusahakan dalam skala kecil sebanyak 250-300 pokok telah ditanam, Projek ini dimulakan pada bulan oktober 2009. Alhamdulillah dari mula tanam hingga penuaian hasil pokok tidak mengalami masalah walaupun pada bulan november musim tengkujuh melanda, mujurlah batas tidak tenggelam jadi pokok masih mengeluar hasil. Sepanjang tempoh penuaian hasil sebanyak 1.5tan buah timun telah berjaya dikeluarkan, satu angka yang boleh saya banggakan memandangkan saya baru berkecimpung dalam bidang pertanian 1.5tan bagi 300 pokok satu jumlah yang agak baik. justeru itu, saya akan menanam pokok timun seluas 1 ekar ditapak yang baru dengan kepadatan 3000-3500 pokok, kini tapak yang baru dalam peringkat 'setup kawasan' insya allah dalam tempoh 3 minggu dari sekarang benih akan dipindahkan ke batas itu pun bergantung pada keadaan cuaca... Doakan kejayaan saya
Bagi petani faktor cuaca sangat penting dalam menjayakan sesuatu projek jadi kita tidak perlu terburu-buru memulakan projek. Kejayaan sesuatu projek bergantung 5 perkara yang penting...
1. Bagaimana kita dapat mengawal serangan perosak
2. Faktor alam dan cuaca
3. medium dan miterial
4. Baka dan benih
5. Penggunaan baja yang betul dan sesuai
Bakal petani baru 5 faktor diatas perlu dititik beratkan untuk menentukan kejayaan sesuatu projek pertanian, selebihnya berdoa dan berserah pada Allah S.W.T. Faktor ini dari pengalaman selama 2 tahun saya berkecimpung dalam bidang pertanian.
Dibawah ini saya sertakan gambar projek percubaan timun yang lalu...
Saturday, May 29, 2010
Terung Update 29 Mei
Salam...
Hari ini aku nak cite sikit pasai projek terung bulat, walaupun usia pokok terung yang aku tanam dah menjangkau 5 bulan tetapi alhamdulillah pokok masih subur dan mengeluarkan hasil. Tuaian hari ini ada peningkatan sedikit dari minggu yang lepas iaitu 175kg cuma harga masih seperti minggu-minggu yang lalu rm1.40/kg.
Pada bulan yang lalu pokok terung telah diserang dengan kutu trip sehinggakan hampir keseluruhan daun terung menjadi kekuningan, jadi disebabkan serangan ini pengeluaran hasil buah agak terjejas. Serangan ini mungkin disebabkan jadual meracun yang tidak menggikut jadual asal dan daun terlalu padat memudahkan serangan, jadi jalan penyelesaian yang saya ambil iaitu jadual meracun mengikut asal dan membuang semua daun hanya tinggal pucuk sahaja... alhamdulillah dengan izin allah serangan tersebut berjaya diatasi. Korang layanlah gambar-gambar pokok terung yang sempat aku snap pagi tadi.

Wednesday, May 26, 2010
Update 26 Mei: Mesin Buat Hal...
Salam Hari ni aku tak sempat nak melawat tapak projek tanaman terung cuma ambik maklumat dari pekerja, tapi semalam aku sempat snap beberapa keping gambar kebun terung untuk aku muatkan dalam blog. Alhamdulillah pokok masih sihat dan mengeluarkan hasil. Untuk tuaian hari ini hanya sekitar 150kg sahaja, harga pulak dah turun sedikit Rm1.40 untuk per kilo.
pekerja sedang broning pokok
daun yang terlampau padat menyukarkan pengawalan serangga
pokok yang kembali berputik Hari ini dua buah jentera excavator menggalami kerosakkan jadi hari ni saya terpaksa menyelesaikan masalah tersebut, Bearing GearBox pecah dan batang sap patah. Jadi Untuk beberapa hari ini dua buah mesin excavator terpaksa direhatkan dan hanya sebuah sahaja yang beroperasi, kos untuk membaik pulih kedua-dua excavator dianggarka rm4k.
Gearbox yang rosak
tanah yang berair menyukarkan kerja mambaiki
Friday, May 21, 2010
Pembiakan Benih Pisang Dengan Kaedah Penyukuan
Semalam Saya Dan Rakan Ke Jabatan Pertanian Lekir Untuk Mempelajari Teknik Pembiakan Benih Pisang dengan Menggunakan Kaedah Penyukuan Umbisi Pisang.
Teknik Ini Amat Mudah Dan Praktikal, Dengan Menggunakan Sepokok Umbisi Pisang Kita Mampu Menghasilkan Anak Benih Sekitar 6-8 Anak Pokok. Jadi Sesiapa Yang Masih Mencari-cari Sumber Pendapatan Bolehlah Mempelajari Teknik Penyukuan Benih Seterusnya Diusahakan Secara Skala Besar-besaran. Jika Dilihat Sekarang, Permintaan Anak Benih Pisang Amat Tinggi Ini Disebabkan Harga Buah Pisang Yang Mahal Dan Kekurangan Bekalan Buah Pisang. Ditempat Saya Sahaja, Harga Bagi Pisang Abu/Nipah Sekitar Rm900.00-Rm1100.00 Untuk 1tan Dan Pisang Berangan Berbalut Sekitar Rm1200.00-Rm1500.00 Untuk 1tan.
Insya ALLAH Dalam Beberapa Bulan Akan Datang, Saya Dan Rakan Bercadang Membuka Ladang Tanaman Pisang Abu/Nipah Seluas 24Ekar Di Rungkup Dan Seterusnya Membuka Nusery Pembiakan Benih Pisang.
Umbisi Yang Telah Dibelah-Belah
Anak Pokok Berusia 3 Minggu
Benih 2 Hari Pindah Dalam Polibeg
Monday, May 17, 2010
Projek Terung Bulat
Tanaman Terung Bulat Yang Sedang Diusahakan Ini Berkeluasan 1.25ekar Dengan Kepadatan Tanaman Sebanyak 1800 Pokok. Mulanya Projek Ini Dirancang Pada Awal Januari Tetapi Terpaksa Ditangguhkan Sehingga Awal Bulan Febuari Atas Faktor Musim Tengkujuh Yang Panjang Dan Faktor-faktor Yang Lain. Pokok Benih Berjaya Dipindahkan Pada 8.2.2010 Dan Pokok Mengeluarkan Hasil Pada 13.2.2010 Dengan Hasil Sebanyak 75kg. Alhamdulillah Sehingga Kini Pokok Masih Cantik Dan Mengeluarkan Hasil Purata 250kg (Dua Hari Sekali Tuai) Tuaian Yang Tertinggi Yang Pernah Dicapai Ialah 504kg untuk sekali tuai Dan Setakat Ini Pokok Telah Mengeluarkan Hasil Sebanyak 5tan.
Pekerja Sedang "Pruning" Pokok Yang Agak Rimbun
Pokok Subur Dan Hasil Buah Yang Baik
Hasil Buah Yang Cantik
Buah Dibersihkan Sebelum Dibakul
Selepas Hujan Lebat
Subscribe to:
Posts (Atom)