Wednesday, June 23, 2010

Perkembangan Projek Timun F1

Salam
Alhamdulillah pokok timun yang saya tanam pada awal bulan jun telah membesar dengan baik dan sihat, walaupun ada sesetengah pokok mati disebabkan serangan kulat dan reput pangkal batang, anggaran kematian sekitar 10 peratus. Bagi pokok yang mati telah diganti dengan pokok yang baru dan penyemburan racun kulat dan serangga yang kerap untuk meminimakan serangan.
Hari ini usia timun telah menjangkau tiga minggu dan ketinggian pokok telah mencecah 3 kaki, kalau di izinkan Allah Dalam Tempoh 14 hari lg pokok tersebut akan mengeluarkan hasil. Kalau diikutkan pengalaman yang lepas hasil yang berjaya dikutip ialah 1400kg, jadi untuk kali ini saya mengangarkan hasil sekitar 1500kg-2000kg insya allah.




Usia pokok 19 hari


Pucuk yang sihat


hijau kecerahan menandakan makanan yang diterima pokok mencukupi

Saturday, June 12, 2010

perkembangan projek tanaman terung dan timun

Salam
Hampir 2minggu saya tidak men'update' blog diatas kesibukan kerja dan masa yang terhad, dalam 2minggu ini juga banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama.
pertama sekali tentang projek terung yang masih mengeluarkan hasil hingga ke hari ini, untuk tuaian hasil hari ini sebanyak 238kg telah dituai. Dari segi harga ada penurunan iaitu 1.20/kg harap-harap minggu hadapan harga buah terung naik, mungkin penurunan harga disebabkan penghasilan buah terung melebihi dari permintaan. Jika penurunan harga masih berterusan ini akan merugikan petani dari segi kos penjagaan yang tinggi tetapi pulangan yang rendah. Hingga ke hari ini projek terung saya telah mengasilkan tuaian sebanyak 7000kg (alhamdulillah syukur) Dibawah ada saya sertakan gambar projek tanaman terung saya yang sudah manjangkau usia 6 bulan...

hampir setiap dahan mengeluarkan hasil

sedang mekar berkembang

Pokok sama tinggi dengan manusia

warna yang sekata

pokok yang telah di 'broning'

Projek tanaman timun

projek tanaman timun yang telah dimulakan pada 2 jun 2010, hingga ke hari ini sudah 11 hari pokok dibatas. Pokok Timun telah mengeluarkan daun yang keempat insya allah minggu hadapan janggut pokok akan keluar, jadi korang layan ajerlah gambar yang saya sempat snap...

Usia Pokok 9 hari dari semaian

usia pokok 6 hari dari semaian

usia pokok 4 hari

usia pokok 3 hari

usia pokok 2 hari

Tuesday, June 1, 2010

Terung & tapak tanaman timun hyibrid f1

Salam... Alhamdulillah tuaian hasil hari ini ada peningkatan sedikit dari 3hari yang lepas iaitu sebanyak 190kg, harga buah terung dipasaran kawasan hilir perak juga ada peningkatan dari rm 1.40 kepada rm 1.60. Hasil tuaian buah terung juga dijangka akan meningkat pada minggu hadapan berdasarkan perkembangan pokok yang sihat, jangkaan tuaian ialah sebanyak 250kg hingga 350kg/tuaian(Insya Allah). Hasil tuaian paling tinggi yang pernah dicatat untuk tuaian yang lepas ialah sebanyak 500kg/tuaian, harap-harap harga akan mampu bertahan sehingga penghujung bulan julai ataupun ada peningkatan harga sedikit.

penggumpulan hasil tuaian


buah yang segar

Hari ini tapak tanaman timun plot A telah selesai di bina batas dan buluh untuk dibuat junjung juga telah selesai dipacak, cuma drip tape sahaja yang tidak sempat disudahkan. Insya Allah esok benih timun akan disemai ke dalam batas dan menyiapkan sistem pengairan, mudah-mudahan cuaca akan menyebelahi saya.
Gambar-gambar dibawah saya snap pagi dan petang sewaktu pekerja melakukan setup kawasan...