Friday, October 15, 2010

Aktiviti aku sepanjang ramadhan yang lepas

Salam

Hampir sebulan aku tidak menjalankan aktiviti pertanian hanya mengharapkan pekerja sahaja yang menjalankan tugas. Seperti kebiasaan sepanjang bulan ramadhan yang lepas, aku hanya menumpukan perniagaan biskut hari raya sahaja, sepanjang itu jugalah aku tidak ke ladang. di bawah aku sertakan beberapa keping gambar sepanjang aku menjalankan perniagaan biskut raya...








Projek timun F1 Napoli 7

Salam
Projek tanaman timun ini telah dimulakan pada 15 jul 2010, hampir 1 minggu masa diperlukan untuk melakukan 'setup' pada kawasan tanaman sebelum benih boleh ditanam.
kawasan projek ini ialah bekas tapak projek terung bulat dan berkeluasan 1.25ekar, keseluruhan pokok hampir 4500 pokok telah ditanam. tarikh tanam 22 jul dan tarikh tuai hasil pada 25 ogos(pertengahan ramadhan) sepanjang tempoh penuaian hasil, pokok hanya mengeluarkan buah sekitar 6tan sahaja, jauh dari sasaran sebelumnya iaitu 10-15tan. Faktor kegagalan projek kali ini ialah penjagaan dan pengawasan yang kurang, ini kerana pekerja yang diamanahkan menjaga tapak projek tidak menjalankan kerja... kurang racun serangga dan kulat, pokok langsung tidak diberi baja buah, kurangan menyiram(kurang air) dan rumput rumpai tidak racun.
Kesimpulan dari kegagalan ini kita sebagai petani dan majikan jangan terlalu percayakan pekerja. Di bawah aku sertakan sebahagian gambar yang aku sempat snap sepanjang projek timun.


















Monday, July 5, 2010

perkembangan tanaman timun

salam...
tanaman timun yang ditanam pada awal bulan Jun sudah sampai ke peringkat penggutipan hasil, insyaallah dalam dua tiga hari lagi buah akan dituai. Untuk tanaman kali ini serangan kulat pada pangkal pokok agak tinggi, masih ada lagi pokok yang dewasa mati disebabkan reput pangkal pokok. Ini disebabkan keadaan cuaca yang kurang menyebelahi petani, kekerapan hujan yang turun menyebabkan batas sentiasa basah dan menyebabkan pembiakan kulat pada pangkal pokok. jadi sasaran untuk kali ini hanya sekitar 1000kg-1500kg berbeza dengan sasaran awal iaitu 2000kg bagi pokok sekitar 350-400 pokok. keadaan pokok sudah melepasi tali utama dan diharapkan harga timun bertahan pada rm1.2/kg sehingga awal ramadhan...






Projek Terung Sampai Sudah Di Penghujungnya...

Salam...
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi diatas kelancaran dan kejayaan projek terung yang telah saya usahakan. Sepanjang tempoh projek ini dijalankan pelbagai perkara yang saya lalui ada yang manis dan ada yang kurang enak. Yang manisnya pokok yang ditanam hidup dengan sihat dan mengeluarkan hasil buah yang baik serta tuaian hasil yang tinggi, untuk kutipan tinggi yang pernah dicatat ialah 846kg/tuaian dan hasil untuk keseluruhan tuaian ialah 9341kg/1ekar, purata bagi sepokok terung ialah 5-6kg. Yang Kurang enaknya ialah harga terung jatuh dibawah harga normal iaitu rm1.1/kg tp itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus berkecimpung dalam bidang pertanian.
Tanggal 2hb jul 2010 semua pokok telah ditamatkan perkhidmatannya, setelah hampir 5 bulan berkhidmat. Kesemua pokok telah dicabut dan dikumpulkan untuk dibakar supaya serangga dan bakteria dapat dimatikan dan sisa dari pembakaran akan digunakan sebagai baja organik.
Untuk projek yang seterusnya ialah Tanaman Timun F1 harmoni yang mana benih ini dibawa masuk dari Indonesia. Kelebihan Baka ini ialah buah tidak pahit walaupun buahnya masih kecik, warna kehijauan dan tidak pudar walaupun disimpan lama dan yang paling utama sekali hasil masih boleh dipasarkan walaupun terlewat dipetik kerana buah akan memanjang dan bukannya membesar. Bagi projek timun ini pengeluaran hasil dijangkakan pada awal ramadhan dan jumlah pokok yang bakal ditanam dianggarkan sebanyak 5000-6000 pokok.
Dibawah, saya sertakan gambar hari-hari terakhir tanaman terung...

keadaan pokok dipenghujung hayat

Warna yang kurang menarik akan mempegaruhi harga

Hasil yang sedia dihantar ke pusat penggumpulan hasil

hasil tuaian dipenghujung hayat pokok

Pokok yang sudah ditamatkan riwayatnya

pekerja sedang giat membersihkan tapak projek

puteraku yang sulung turut membantu sewaktu cuti sekolah

pokok bahagian hadapan kebun yang sudah dimusnahkan

pekerja sedang menggulung 'drip tape'

Drip tape disimpan untuk projek seterusnya

menjelang petang kesemua pokok telah berjaya dimusnahkan

keseluruhan pokok telah dimusnahkan

Wednesday, June 23, 2010

Perkembangan Projek Timun F1

Salam
Alhamdulillah pokok timun yang saya tanam pada awal bulan jun telah membesar dengan baik dan sihat, walaupun ada sesetengah pokok mati disebabkan serangan kulat dan reput pangkal batang, anggaran kematian sekitar 10 peratus. Bagi pokok yang mati telah diganti dengan pokok yang baru dan penyemburan racun kulat dan serangga yang kerap untuk meminimakan serangan.
Hari ini usia timun telah menjangkau tiga minggu dan ketinggian pokok telah mencecah 3 kaki, kalau di izinkan Allah Dalam Tempoh 14 hari lg pokok tersebut akan mengeluarkan hasil. Kalau diikutkan pengalaman yang lepas hasil yang berjaya dikutip ialah 1400kg, jadi untuk kali ini saya mengangarkan hasil sekitar 1500kg-2000kg insya allah.




Usia pokok 19 hari


Pucuk yang sihat


hijau kecerahan menandakan makanan yang diterima pokok mencukupi