Monday, July 5, 2010

Projek Terung Sampai Sudah Di Penghujungnya...

Salam...
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi diatas kelancaran dan kejayaan projek terung yang telah saya usahakan. Sepanjang tempoh projek ini dijalankan pelbagai perkara yang saya lalui ada yang manis dan ada yang kurang enak. Yang manisnya pokok yang ditanam hidup dengan sihat dan mengeluarkan hasil buah yang baik serta tuaian hasil yang tinggi, untuk kutipan tinggi yang pernah dicatat ialah 846kg/tuaian dan hasil untuk keseluruhan tuaian ialah 9341kg/1ekar, purata bagi sepokok terung ialah 5-6kg. Yang Kurang enaknya ialah harga terung jatuh dibawah harga normal iaitu rm1.1/kg tp itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus berkecimpung dalam bidang pertanian.
Tanggal 2hb jul 2010 semua pokok telah ditamatkan perkhidmatannya, setelah hampir 5 bulan berkhidmat. Kesemua pokok telah dicabut dan dikumpulkan untuk dibakar supaya serangga dan bakteria dapat dimatikan dan sisa dari pembakaran akan digunakan sebagai baja organik.
Untuk projek yang seterusnya ialah Tanaman Timun F1 harmoni yang mana benih ini dibawa masuk dari Indonesia. Kelebihan Baka ini ialah buah tidak pahit walaupun buahnya masih kecik, warna kehijauan dan tidak pudar walaupun disimpan lama dan yang paling utama sekali hasil masih boleh dipasarkan walaupun terlewat dipetik kerana buah akan memanjang dan bukannya membesar. Bagi projek timun ini pengeluaran hasil dijangkakan pada awal ramadhan dan jumlah pokok yang bakal ditanam dianggarkan sebanyak 5000-6000 pokok.
Dibawah, saya sertakan gambar hari-hari terakhir tanaman terung...

keadaan pokok dipenghujung hayat

Warna yang kurang menarik akan mempegaruhi harga

Hasil yang sedia dihantar ke pusat penggumpulan hasil

hasil tuaian dipenghujung hayat pokok

Pokok yang sudah ditamatkan riwayatnya

pekerja sedang giat membersihkan tapak projek

puteraku yang sulung turut membantu sewaktu cuti sekolah

pokok bahagian hadapan kebun yang sudah dimusnahkan

pekerja sedang menggulung 'drip tape'

Drip tape disimpan untuk projek seterusnya

menjelang petang kesemua pokok telah berjaya dimusnahkan

keseluruhan pokok telah dimusnahkan

No comments: