Showing posts with label terung. Show all posts
Showing posts with label terung. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Projek Terung Sampai Sudah Di Penghujungnya...

Salam...
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi diatas kelancaran dan kejayaan projek terung yang telah saya usahakan. Sepanjang tempoh projek ini dijalankan pelbagai perkara yang saya lalui ada yang manis dan ada yang kurang enak. Yang manisnya pokok yang ditanam hidup dengan sihat dan mengeluarkan hasil buah yang baik serta tuaian hasil yang tinggi, untuk kutipan tinggi yang pernah dicatat ialah 846kg/tuaian dan hasil untuk keseluruhan tuaian ialah 9341kg/1ekar, purata bagi sepokok terung ialah 5-6kg. Yang Kurang enaknya ialah harga terung jatuh dibawah harga normal iaitu rm1.1/kg tp itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus berkecimpung dalam bidang pertanian.
Tanggal 2hb jul 2010 semua pokok telah ditamatkan perkhidmatannya, setelah hampir 5 bulan berkhidmat. Kesemua pokok telah dicabut dan dikumpulkan untuk dibakar supaya serangga dan bakteria dapat dimatikan dan sisa dari pembakaran akan digunakan sebagai baja organik.
Untuk projek yang seterusnya ialah Tanaman Timun F1 harmoni yang mana benih ini dibawa masuk dari Indonesia. Kelebihan Baka ini ialah buah tidak pahit walaupun buahnya masih kecik, warna kehijauan dan tidak pudar walaupun disimpan lama dan yang paling utama sekali hasil masih boleh dipasarkan walaupun terlewat dipetik kerana buah akan memanjang dan bukannya membesar. Bagi projek timun ini pengeluaran hasil dijangkakan pada awal ramadhan dan jumlah pokok yang bakal ditanam dianggarkan sebanyak 5000-6000 pokok.
Dibawah, saya sertakan gambar hari-hari terakhir tanaman terung...

keadaan pokok dipenghujung hayat

Warna yang kurang menarik akan mempegaruhi harga

Hasil yang sedia dihantar ke pusat penggumpulan hasil

hasil tuaian dipenghujung hayat pokok

Pokok yang sudah ditamatkan riwayatnya

pekerja sedang giat membersihkan tapak projek

puteraku yang sulung turut membantu sewaktu cuti sekolah

pokok bahagian hadapan kebun yang sudah dimusnahkan

pekerja sedang menggulung 'drip tape'

Drip tape disimpan untuk projek seterusnya

menjelang petang kesemua pokok telah berjaya dimusnahkan

keseluruhan pokok telah dimusnahkan

Saturday, June 12, 2010

perkembangan projek tanaman terung dan timun

Salam
Hampir 2minggu saya tidak men'update' blog diatas kesibukan kerja dan masa yang terhad, dalam 2minggu ini juga banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama.
pertama sekali tentang projek terung yang masih mengeluarkan hasil hingga ke hari ini, untuk tuaian hasil hari ini sebanyak 238kg telah dituai. Dari segi harga ada penurunan iaitu 1.20/kg harap-harap minggu hadapan harga buah terung naik, mungkin penurunan harga disebabkan penghasilan buah terung melebihi dari permintaan. Jika penurunan harga masih berterusan ini akan merugikan petani dari segi kos penjagaan yang tinggi tetapi pulangan yang rendah. Hingga ke hari ini projek terung saya telah mengasilkan tuaian sebanyak 7000kg (alhamdulillah syukur) Dibawah ada saya sertakan gambar projek tanaman terung saya yang sudah manjangkau usia 6 bulan...

hampir setiap dahan mengeluarkan hasil

sedang mekar berkembang

Pokok sama tinggi dengan manusia

warna yang sekata

pokok yang telah di 'broning'

Projek tanaman timun

projek tanaman timun yang telah dimulakan pada 2 jun 2010, hingga ke hari ini sudah 11 hari pokok dibatas. Pokok Timun telah mengeluarkan daun yang keempat insya allah minggu hadapan janggut pokok akan keluar, jadi korang layan ajerlah gambar yang saya sempat snap...

Usia Pokok 9 hari dari semaian

usia pokok 6 hari dari semaian

usia pokok 4 hari

usia pokok 3 hari

usia pokok 2 hari

Tuesday, June 1, 2010

Terung & tapak tanaman timun hyibrid f1

Salam... Alhamdulillah tuaian hasil hari ini ada peningkatan sedikit dari 3hari yang lepas iaitu sebanyak 190kg, harga buah terung dipasaran kawasan hilir perak juga ada peningkatan dari rm 1.40 kepada rm 1.60. Hasil tuaian buah terung juga dijangka akan meningkat pada minggu hadapan berdasarkan perkembangan pokok yang sihat, jangkaan tuaian ialah sebanyak 250kg hingga 350kg/tuaian(Insya Allah). Hasil tuaian paling tinggi yang pernah dicatat untuk tuaian yang lepas ialah sebanyak 500kg/tuaian, harap-harap harga akan mampu bertahan sehingga penghujung bulan julai ataupun ada peningkatan harga sedikit.

penggumpulan hasil tuaian


buah yang segar

Hari ini tapak tanaman timun plot A telah selesai di bina batas dan buluh untuk dibuat junjung juga telah selesai dipacak, cuma drip tape sahaja yang tidak sempat disudahkan. Insya Allah esok benih timun akan disemai ke dalam batas dan menyiapkan sistem pengairan, mudah-mudahan cuaca akan menyebelahi saya.
Gambar-gambar dibawah saya snap pagi dan petang sewaktu pekerja melakukan setup kawasan...





Saturday, May 29, 2010

Terung Update 29 Mei

Salam...
Hari ini aku nak cite sikit pasai projek terung bulat, walaupun usia pokok terung yang aku tanam dah menjangkau 5 bulan tetapi alhamdulillah pokok masih subur dan mengeluarkan hasil. Tuaian hari ini ada peningkatan sedikit dari minggu yang lepas iaitu 175kg cuma harga masih seperti minggu-minggu yang lalu rm1.40/kg.
Pada bulan yang lalu pokok terung telah diserang dengan kutu trip sehinggakan hampir keseluruhan daun terung menjadi kekuningan, jadi disebabkan serangan ini pengeluaran hasil buah agak terjejas. Serangan ini mungkin disebabkan jadual meracun yang tidak menggikut jadual asal dan daun terlalu padat memudahkan serangan, jadi jalan penyelesaian yang saya ambil iaitu jadual meracun mengikut asal dan membuang semua daun hanya tinggal pucuk sahaja... alhamdulillah dengan izin allah serangan tersebut berjaya diatasi. Korang layanlah gambar-gambar pokok terung yang sempat aku snap pagi tadi.

Wednesday, May 26, 2010

Update 26 Mei: Mesin Buat Hal...

Salam Hari ni aku tak sempat nak melawat tapak projek tanaman terung cuma ambik maklumat dari pekerja, tapi semalam aku sempat snap beberapa keping gambar kebun terung untuk aku muatkan dalam blog. Alhamdulillah pokok masih sihat dan mengeluarkan hasil. Untuk tuaian hari ini hanya sekitar 150kg sahaja, harga pulak dah turun sedikit Rm1.40 untuk per kilo. pekerja sedang broning pokok daun yang terlampau padat menyukarkan pengawalan serangga pokok yang kembali berputik Hari ini dua buah jentera excavator menggalami kerosakkan jadi hari ni saya terpaksa menyelesaikan masalah tersebut, Bearing GearBox pecah dan batang sap patah. Jadi Untuk beberapa hari ini dua buah mesin excavator terpaksa direhatkan dan hanya sebuah sahaja yang beroperasi, kos untuk membaik pulih kedua-dua excavator dianggarka rm4k. Gearbox yang rosak tanah yang berair menyukarkan kerja mambaiki

Monday, May 17, 2010

Projek Terung Bulat

Setelah Hampir 2 Tahun Berkecimpung Dalam Bidang Pertanian, Projek Tanaman Terung Bulat Merupakan Projek Pertama Saya Dalam Kongsep Ladang. Sewaktu Mula-mula Menceburkan Diri Dalam Bidang Ini Tanaman Ditanam Secara Menumpang Dibawah Pokok Kelapa Atau Pisang. Dari Situ saya Banyak Belajar Tentang Teknik-teknik Penjagaan Dan Sumber Makanan Terbaik Untuk Pokok.

Tanaman Terung Bulat Yang Sedang Diusahakan Ini Berkeluasan 1.25ekar Dengan Kepadatan Tanaman Sebanyak 1800 Pokok. Mulanya Projek Ini Dirancang Pada Awal Januari Tetapi Terpaksa Ditangguhkan Sehingga Awal Bulan Febuari Atas Faktor Musim Tengkujuh Yang Panjang Dan Faktor-faktor Yang Lain. Pokok Benih Berjaya Dipindahkan Pada 8.2.2010 Dan Pokok Mengeluarkan Hasil Pada 13.2.2010 Dengan Hasil Sebanyak 75kg. Alhamdulillah Sehingga Kini Pokok Masih Cantik Dan Mengeluarkan Hasil Purata 250kg (Dua Hari Sekali Tuai) Tuaian Yang Tertinggi Yang Pernah Dicapai Ialah 504kg untuk sekali tuai Dan Setakat Ini Pokok Telah Mengeluarkan Hasil Sebanyak 5tan.


Pekerja Sedang "Pruning" Pokok Yang Agak Rimbun


Pokok Subur Dan Hasil Buah Yang Baik


Hasil Buah Yang Cantik


Buah Dibersihkan Sebelum Dibakul


Selepas Hujan Lebat