Sunday, May 16, 2010

First Posting About My Blog

Salam Mesra buat pembaca
Bidang Pertanian Merupakan Satu Cabang Sumber Pendapatan Selain Dari Sektor-sektor Yang Lain. Banyak Agensi Dan Jabatan-Jabatan Yang Dapat Membantu Jika Kita Berminat.

Saya Menetap Di Kawasan Yang Terkenal Dengan Tanaman Pokok Kelapa Iaitu Di Bagan Datoh,Perak. saya Menceburi Bidang Pertanian Semenjak Tahun 2008 Dengan Mengusahakan Sebidang Tanah Seluas 6Ekar Dengan Tanaman Pisang Abu/Nipah, Disamping Itu Juga saya Ada Menanam Tanaman Kailan, Labu, Timun, Tomato, Cili Besar Dan Terung Bulat, Projek Tersebut Merupakan Projek Kajian. Dari Situ Lahirlah Syarikat UJAI MAJU ENT, Waktu Itu Saya Masih Lagi Bertugas Sebagai Pengurus Akaun Disebuah Syarikat Swasta, Dengan Masa Yang Terhad Dan Terbatas Banyak Kerja-kerja Di Ladang Yang Tergendala Maka Hasil Yang Diterima Kurang Memberangsangkan, Tetapi Itu Tidak Mematahkan Semangat Saya Pada Bidang Pertanian. Awal Tahun 2009 Satu Keputusan Drastik Telah Diambil Dengan Perletakan Jawatan Pengurus Akaun, Maka Bermulalah satu Episod Baru Dalam Hidup Ini.
Dengan lahirnya Blog Ini Akan Menambahkan Lagi Blog-Blog Pertanian Yang Sediada Serta Dapat Berkongsi Dengan Pembaca Berkaitan Projek-Projek Yang Telah Dan Bakal Saya Lakukan... Insya Allah

No comments: