Salam...
Projek percubaan tanaman timun telah diusahakan dalam skala kecil sebanyak 250-300 pokok telah ditanam, Projek ini dimulakan pada bulan oktober 2009. Alhamdulillah dari mula tanam hingga penuaian hasil pokok tidak mengalami masalah walaupun pada bulan november musim tengkujuh melanda, mujurlah batas tidak tenggelam jadi pokok masih mengeluar hasil. Sepanjang tempoh penuaian hasil sebanyak 1.5tan buah timun telah berjaya dikeluarkan, satu angka yang boleh saya banggakan memandangkan saya baru berkecimpung dalam bidang pertanian 1.5tan bagi 300 pokok satu jumlah yang agak baik. justeru itu, saya akan menanam pokok timun seluas 1 ekar ditapak yang baru dengan kepadatan 3000-3500 pokok, kini tapak yang baru dalam peringkat 'setup kawasan' insya allah dalam tempoh 3 minggu dari sekarang benih akan dipindahkan ke batas itu pun bergantung pada keadaan cuaca... Doakan kejayaan saya
Bagi petani faktor cuaca sangat penting dalam menjayakan sesuatu projek jadi kita tidak perlu terburu-buru memulakan projek. Kejayaan sesuatu projek bergantung 5 perkara yang penting...
1. Bagaimana kita dapat mengawal serangan perosak
2. Faktor alam dan cuaca
3. medium dan miterial
4. Baka dan benih
5. Penggunaan baja yang betul dan sesuai
Bakal petani baru 5 faktor diatas perlu dititik beratkan untuk menentukan kejayaan sesuatu projek pertanian, selebihnya berdoa dan berserah pada Allah S.W.T. Faktor ini dari pengalaman selama 2 tahun saya berkecimpung dalam bidang pertanian.
Dibawah ini saya sertakan gambar projek percubaan timun yang lalu...
Sunday, May 30, 2010
Saturday, May 29, 2010
Terung Update 29 Mei
Salam...
Hari ini aku nak cite sikit pasai projek terung bulat, walaupun usia pokok terung yang aku tanam dah menjangkau 5 bulan tetapi alhamdulillah pokok masih subur dan mengeluarkan hasil. Tuaian hari ini ada peningkatan sedikit dari minggu yang lepas iaitu 175kg cuma harga masih seperti minggu-minggu yang lalu rm1.40/kg.
Pada bulan yang lalu pokok terung telah diserang dengan kutu trip sehinggakan hampir keseluruhan daun terung menjadi kekuningan, jadi disebabkan serangan ini pengeluaran hasil buah agak terjejas. Serangan ini mungkin disebabkan jadual meracun yang tidak menggikut jadual asal dan daun terlalu padat memudahkan serangan, jadi jalan penyelesaian yang saya ambil iaitu jadual meracun mengikut asal dan membuang semua daun hanya tinggal pucuk sahaja... alhamdulillah dengan izin allah serangan tersebut berjaya diatasi. Korang layanlah gambar-gambar pokok terung yang sempat aku snap pagi tadi.

Wednesday, May 26, 2010
Update 26 Mei: Mesin Buat Hal...
Salam Hari ni aku tak sempat nak melawat tapak projek tanaman terung cuma ambik maklumat dari pekerja, tapi semalam aku sempat snap beberapa keping gambar kebun terung untuk aku muatkan dalam blog. Alhamdulillah pokok masih sihat dan mengeluarkan hasil. Untuk tuaian hari ini hanya sekitar 150kg sahaja, harga pulak dah turun sedikit Rm1.40 untuk per kilo. pekerja sedang broning pokok daun yang terlampau padat menyukarkan pengawalan serangga pokok yang kembali berputik Hari ini dua buah jentera excavator menggalami kerosakkan jadi hari ni saya terpaksa menyelesaikan masalah tersebut, Bearing GearBox pecah dan batang sap patah. Jadi Untuk beberapa hari ini dua buah mesin excavator terpaksa direhatkan dan hanya sebuah sahaja yang beroperasi, kos untuk membaik pulih kedua-dua excavator dianggarka rm4k. Gearbox yang rosak tanah yang berair menyukarkan kerja mambaiki
Friday, May 21, 2010
Pembiakan Benih Pisang Dengan Kaedah Penyukuan
Semalam Saya Dan Rakan Ke Jabatan Pertanian Lekir Untuk Mempelajari Teknik Pembiakan Benih Pisang dengan Menggunakan Kaedah Penyukuan Umbisi Pisang.
Teknik Ini Amat Mudah Dan Praktikal, Dengan Menggunakan Sepokok Umbisi Pisang Kita Mampu Menghasilkan Anak Benih Sekitar 6-8 Anak Pokok. Jadi Sesiapa Yang Masih Mencari-cari Sumber Pendapatan Bolehlah Mempelajari Teknik Penyukuan Benih Seterusnya Diusahakan Secara Skala Besar-besaran. Jika Dilihat Sekarang, Permintaan Anak Benih Pisang Amat Tinggi Ini Disebabkan Harga Buah Pisang Yang Mahal Dan Kekurangan Bekalan Buah Pisang. Ditempat Saya Sahaja, Harga Bagi Pisang Abu/Nipah Sekitar Rm900.00-Rm1100.00 Untuk 1tan Dan Pisang Berangan Berbalut Sekitar Rm1200.00-Rm1500.00 Untuk 1tan.
Insya ALLAH Dalam Beberapa Bulan Akan Datang, Saya Dan Rakan Bercadang Membuka Ladang Tanaman Pisang Abu/Nipah Seluas 24Ekar Di Rungkup Dan Seterusnya Membuka Nusery Pembiakan Benih Pisang.
Umbisi Yang Telah Dibelah-Belah
Anak Pokok Berusia 3 Minggu
Benih 2 Hari Pindah Dalam Polibeg
Monday, May 17, 2010
Projek Terung Bulat
Setelah Hampir 2 Tahun Berkecimpung Dalam Bidang Pertanian, Projek Tanaman Terung Bulat Merupakan Projek Pertama Saya Dalam Kongsep Ladang. Sewaktu Mula-mula Menceburkan Diri Dalam Bidang Ini Tanaman Ditanam Secara Menumpang Dibawah Pokok Kelapa Atau Pisang. Dari Situ saya Banyak Belajar Tentang Teknik-teknik Penjagaan Dan Sumber Makanan Terbaik Untuk Pokok.
Tanaman Terung Bulat Yang Sedang Diusahakan Ini Berkeluasan 1.25ekar Dengan Kepadatan Tanaman Sebanyak 1800 Pokok. Mulanya Projek Ini Dirancang Pada Awal Januari Tetapi Terpaksa Ditangguhkan Sehingga Awal Bulan Febuari Atas Faktor Musim Tengkujuh Yang Panjang Dan Faktor-faktor Yang Lain. Pokok Benih Berjaya Dipindahkan Pada 8.2.2010 Dan Pokok Mengeluarkan Hasil Pada 13.2.2010 Dengan Hasil Sebanyak 75kg. Alhamdulillah Sehingga Kini Pokok Masih Cantik Dan Mengeluarkan Hasil Purata 250kg (Dua Hari Sekali Tuai) Tuaian Yang Tertinggi Yang Pernah Dicapai Ialah 504kg untuk sekali tuai Dan Setakat Ini Pokok Telah Mengeluarkan Hasil Sebanyak 5tan.
Pekerja Sedang "Pruning" Pokok Yang Agak Rimbun
Pokok Subur Dan Hasil Buah Yang Baik
Hasil Buah Yang Cantik
Buah Dibersihkan Sebelum Dibakul
Selepas Hujan Lebat

Sunday, May 16, 2010
First Posting About My Blog
Salam Mesra buat pembaca
Bidang Pertanian Merupakan Satu Cabang Sumber Pendapatan Selain Dari Sektor-sektor Yang Lain. Banyak Agensi Dan Jabatan-Jabatan Yang Dapat Membantu Jika Kita Berminat.
Saya Menetap Di Kawasan Yang Terkenal Dengan Tanaman Pokok Kelapa Iaitu Di Bagan Datoh,Perak. saya Menceburi Bidang Pertanian Semenjak Tahun 2008 Dengan Mengusahakan Sebidang Tanah Seluas 6Ekar Dengan Tanaman Pisang Abu/Nipah, Disamping Itu Juga saya Ada Menanam Tanaman Kailan, Labu, Timun, Tomato, Cili Besar Dan Terung Bulat, Projek Tersebut Merupakan Projek Kajian. Dari Situ Lahirlah Syarikat UJAI MAJU ENT, Waktu Itu Saya Masih Lagi Bertugas Sebagai Pengurus Akaun Disebuah Syarikat Swasta, Dengan Masa Yang Terhad Dan Terbatas Banyak Kerja-kerja Di Ladang Yang Tergendala Maka Hasil Yang Diterima Kurang Memberangsangkan, Tetapi Itu Tidak Mematahkan Semangat Saya Pada Bidang Pertanian. Awal Tahun 2009 Satu Keputusan Drastik Telah Diambil Dengan Perletakan Jawatan Pengurus Akaun, Maka Bermulalah satu Episod Baru Dalam Hidup Ini.
Dengan lahirnya Blog Ini Akan Menambahkan Lagi Blog-Blog Pertanian Yang Sediada Serta Dapat Berkongsi Dengan Pembaca Berkaitan Projek-Projek Yang Telah Dan Bakal Saya Lakukan... Insya Allah

Subscribe to:
Posts (Atom)